Sokongan rakyat membantah kekejaman Israel amat penting- Pemuda UMNO

oleh Baba Haizal Baba Zain

Datuk Hishamuddin Tun Hussein selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO hari mengajak rakyat dari semua lapisan bangun untuk membantah segala bentuk kekejaman Israel ke atas Palestin.

Menurut beliau " Apa yang penting kita meati bangkit dan menyatakan bahawa kita membantah Israel kerana dengan sewenang-wenangnya melakukan penyembelihan keatas rakyat Palestin."

Menurut beliau lagi bahawa kita haruslah menyedarkan masyarakat dunia dari lamunan dan menyatakan pendirian dengan sejelas-jelasnya dengan mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan Rejim Zionis .

Tredahulu, beliau merasmikan Sekretariat  Rakan Muda Universiti Teknologi Mara (UITM) dan melancarkan Karnival Rekreasi Rakan Muda Institusi pengajian Tinggib(IPT) 32002 peringkat kebangsaan.

Pemuda kini menumpukan perhatian kepada Tabung Kemanusiaan Palestin serta mendpat sokongan moral rakyat keatas perjuangan rakyat Palestin menerusi kutipan sejutan tandatangan termasuk melalui mel elektronik di freepalestin@pemudaumno.org.my .

Menurutnya lagi usaha akan ditingkatkan lagi sehinggalah Israel keluar dari bumi Palestin . Apa yang kita mahu Israel harus hari ini dan bukan esok atau lusa.